PENSIJILAN SEMULA 5S YANG KE 7 BERJAYA!

AUDIT 5s

LUNDU – Pihak Majlis Daerah Lundu (MDL) telah menerima kehadiran dua orang juruaudit daripada pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi sesi pengauditan semula sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi kali ke 7. Majlis Daerah Lundu telah pun memulakan amalan persekitaran berkualiti 5S sejak dari tahun 2007 dan setakat ini telah pun menerima 6 kali pensijilan. Budaya sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal yang dipraktikkan secara harian menjadikan ruang persekitaran bertugas di MDL lebih selesa dan kondusif.

Pada sesi mesyuarat pembukaan yang di adakan pada sebelah pagi, Setiausaha Majlis Daerah Lundu Puan Norashikin binti Brahim mengalukan kehadiran dua juruaudit tersebut iaitu Cik Zuraini Subki merangkap Ketua Audit dan Cik Hafiza Atha Ahmad dari MPC Sarawak. Beliau berharap amalan ini dijadikan satu budaya kerja harian dalam memastikan persekitaran bertugas yang lebih berkualiti. Ini selaras dengan visi MDL iaitu ke arah menjadikan Lundu sebagai Bandar Pantai Semulajadi.

Pada sesi pengauditan tahun ini, pihak juruaudit telah menjalankan semakan ke atas dokumentasi, ruang kawasan dan kaizen yang diperolehi sepanjang pelaksanaan 5S di MDL. Sesi pengauditan berakhir pada sebelah petang di mana pada sesi tersebut pihak juruaudit telah berpuashati dengan pelaksanaan 5S di MDL dan berharap lebih banyak kaizen dapat dilahirkan selepas ini. Pihak juruaudit juga telah memberi beberapa ulasan dan beberapa ruang yang boleh ditambahbaik. Sesi pengauditan berakhir dengan sesi bergambar bersama jawatankuasa pemandu 5S MDL dan juruaudit dari MPC Sarawak.

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑