PERUTUSAN PENGERUSI

secretary photo1

Assalamualaikum dan salam Negaraku,

Pertama kalinya saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pembangunan yang melimpahi Daerah Lundu. Majlis Daerah Lundu sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti dan pemacu kepada pembangunan Daerah Lundu. Oleh itu, adalah penting bagi Majlis Daerah Lundu untuk merancang dan melaksanakan pembangunan ini selaras dengan Visi dan Misi kerajaan Negeri Sarawak sebagai Negeri yang maju di masa yang akan datang. Bagi pembangunan ini, inisiatif – inisiatif kualiti telah diperkenalkan bagi memperlengkapkan proses kerja yang dilaksanakan oleh pihak Majlis. Salah satu inisiatif tersebut, amalan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Setia Amal diperkenalkan di Majlis Daerah Lundu.

Amalan pengurusan 5S ini diperkenalkan bertujuan untuk memperlengkapkan mekanisma pengurusan diperingkat Majlis terutamanya dari segi susun atur dokumen – dokumen pejabat, susun atur pejabat, pengurusan maklumat dan penyelenggaraan kemudahan yang terdapat di Majlis. Amalan 5S ini telah banyak pemudahcara didalam pengurusan Majlis yang mana membantu kakitangan senang untuk mencari dokumen, keadaan pejabat yang teratur dan selesa dan seterusnya mewujudkan suasana kerja yang kondusif. Amalan ini juga telah megangkat taraf Majlis selangkah lagi kearah pengurusan yang berkualiti dan membentuk budaya kerja yang berkualiti dikalangan warga Majlis Daerah Lundu.

Demi untuk mengekalkan taraf pensijilan amalan 5S, saya selaku Setiausaha Majlis Daerah Lundu menyeru semua warga Majlis agar dapat bekerja sama dan bergandingan bahu didalam menjayakan usaha Majlis Ke arah menjadikan kakitangan awam Negeri Sarawak semua bertaraf Dunia. Semangat kerja berpasukan ini adalah penting untuk memastikan semua perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat adalah yang terbaik dan cemerlang. Akhir kata, dengan usaha yang berterusan ke arah kecermelangan kualiti perkhidmatan, diharapkan Majlis Daerah Lundu akan sentiasa Maju dan berjaya.

“An Honour to Serve,

Sharing is Caring”

(GUSTIAN BIN HAJI DURANI)

Setiausaha

Majlis Daerah Lundu

 

Advertisements

Blog at WordPress.com.

Up ↑